..Di coretan kali ini..hati ini berdetik utk bercerita mngenai sebuah pengorbanan..entah mengapaa..adekah diri ini belum penah berkorban..atau belum cukup berkorban atau terlalu banyak berkorban..
Mengenangkan sebuah pengorbanan besar yg patut dicontohi iaitu pengorbanan Nabi Ibrahim..Demi meunaikan perintah Allah SWT..Nabi Ibrahim a.s sanggup mengorbankan putera kesayangannyaa..
Adakah kiter pernah berkorban??apekah pengorbanan yang pernah kita lakukan?renungkanlaahh..muhasabah diri kitaa..
Apakah erti pengorbanan??
Pengorbanan seorang I.B.U
Pengorbanan ibu tiada nilainyaa..
ketika anak dalam kandungan..
Pelbagai impian & keinginannya dikorbankan..
Demi memastikan anak yg dikandung membesar dngan sehat..
Ibu sanggup menahan sakit yang tidak terhingga..
demi melahirkan seorang anak..
Ibu bertarung nyawa untuk anak yang tercinta
Ibu mengorbankan masa
Setiap detik menatang anak dengan penuh kasih sayang..
Tidak menghiraukan kesihatannya..
Biarlah tidurnya terganggu..
Asalkan anak kesayangan lena tidurnya..
Pengorbanan seorang B.A.P.A
tidak dilupakan..
jasa ayah..jasa abah yang tidak terhingga
sanggup berhujan panas..
demi mencari sesuap nasi buat anak yang tercinta
pulang bekerja..
teruss menerkam anaknya..
demi memastikan anaknya sehat..
di kala anaknya jauh dari pandangan..
Ayah sentiasa berdoa..
agar anaknya sentiasa di bawah lindungan Allah
tatkala anaknya mahu berumah tangga..
Hati ayah gelisah..gembira..gusar..takut..
risau memikirkan anaknya..
risau untuk mnyerahkan tanggungjawabnya kpd lelaki lain bergelar SUAMI..
Tapi..Ayah tidak pernah berhenti berdoa..
Demi Kebahagiaan anaknya..
Pengorbanan seorang S.A.H.A.B.A.T
Sahabat..
Tidak akan pernah menolak untuk berkorban..
demi sahabat tercinta..
tidak kira di waktu lapang atau dalam kesempitan..
Berkongsi suka duka..
Berkongsi segalanya..
Menghabiskan masa bersama..
menunutut ilmu di jalan Allah..
Tatkala melihat sahabat dalam kesusahan..
hati seorang sahabat turut susah..
impian hanya satu..melihat sahabat tersenyum girang..
Tatkala sahabat jatuh sakit..
tiada yang dekat melainkan seorang sahabat untuk menjaga sahabatnya..
Tatkala melihat sahabat berjaya..
Sahabatnyalah yang paling gembira..
Melapangkan masa bersama..
Menunutut ilmu berkongsi cerita..
Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah..
Menegur jika ada yang silap..
Perselisihan faham..
itu adat orang bersahabat..
sesungguhnya..itulah ujian buat seorang insan..
Tatkala di uji..barulah kita akan mengerti..
erti pengorbanan seorang sahabat..
Tatkala sahabat melangkah meninggalkan kita..
Kitalah yang paling rugi..
Bersahabatlah hingga akhir hayat..
Sahabat yang baik..mampu membuahkan sebuah persahabatan yang manis..
Tatkala sahabatmu marah..
Janganlah kamu turut marah..
Malah..redakanlah api kemarahannya..
Tatkala sahabatmu mengungkit segala kebaikannya..
Tabahkanlah hati..
Bersyukurlah kpd Allah yang memeberi kamu untuk bersahabat..
Tatkala sahabatmu mengecam kamu..
Janganlah kamu cepat menunding jari..
Berfikirlah..
Renungkanlah segala kebaikan2 yang telah disumbangkan untukmu..
Habuannya..Kamu akan BAHAGIA..
Tanpa sahabat..
Kita mungkin tidak mampu utk berdiri..
Mengharungi setiap dugaanNYA..
BERSYUKURLAH kamu dikurniakan sebuah anugerah yang cukup bermakana iaitu seorang SAHABAT..
Berkorbanlah untuk sahabatmu..
Kamu tidak akan rugi..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN
1 comment:
entri ini untuk ku kah?
terpanah dengan sindiran i2
Post a Comment